Recommended By Forum

Need bumper/bonggol/ cermin selekoh di jalan Putra Setia 6/1Q

Go down

Need bumper/bonggol/ cermin selekoh di jalan Putra Setia 6/1Q

Post  Isca on 12/7/2010, 3:26 am

copy paste dari my personal blog...[/b][b]

Kejadian : Saturday around 10:30pm,

Kereta dari arah selekoh sangat laju lalu hilang kawalan menghentam salah sebuah kereta yg terletak di bahagian susur tepi perumahan. Perhh nasib baik tak de org dlm kereta tersebut. Menurut saksi apabila kedengaran bunyi hentaman yg kuat kelihatan kereta yg melanggar kereta mereka memecut terus keluar dari pagar guard. Salah seorg guard tersebut sempat merekod no plat kereta terbabit dan memulakan operasi rondaan disekitar.

Kereta myvi putih itu bercalar di bahagian belakang dan pecah dibahagian tayar.

Pada waktu kejadian saya tengah menidurkan anak-anak, tiba-tiba kedengaran bunyi hentaman yg kuat sejurus kedengaran org berteriakan dan bunyi motor.

Kereta yang langgar lari itu melepasi pak guard, perh nasib baik guard tu tak dok depan... kalau tak tak pasal-pasal berlaku kemalangan jiwa...kawasan guard ni pon diharap dapat meletakan palang besi yang bertutup/pintu gate. Setakat letak kon sahaja siapa-siapa pon boleh langgar pastu pecut. Dimanakah hilangnya pagar besi dahulunya kelihatan...

Masa beli area sini dulu sales tu cakap ni bukan laluan utama utk org keluar masuk disini. Sekarang rasanya semua kereta melewati di jalan ini, ade plak menjadikan jalan ini shortcut utk keluar ke highway dan ke giant putra height....maka, laluan disini amat sibuk sekali.

Kadang kala kami yg ingin masuk parking ke rumah sendiri pon memerlukan lebih hati-hati tetapi jika malang tak berbau apekah akan terjadi jika kanak-kanak melintas atau keluar dari kereta secara tidak sengaja?

Sebelum ini jugak, saya telah pon membuat sekatan laluan keluar dan masuk disini atas mendirikan khemah event selama 12 jam. Akan tetapi kenderaan yang lalu disini tidak menghiraukan sign dan tanda dihadapan jalan yang dibuat. Nasib baik mereka lalu dengan perlahan.

Macam mana nak usulkan untuk buat bumper jalan or bonggol jalan??
Jumaat lepas kami baru complain pasal bumper/ bonggol jalan ini di Sime darby semasa hantar borang defect. Salah seorang staff mereka memberitahu bahawa rujuk kepada MPSJ. Ermm tak pe nanti saya akan update progressnya.

Alang-alang dah buat bonggol/ bumper dijalan. Saya mencadangkan bahawa bonggol/bumper jalan tersebut harus la lebar dan tinggi sedikit. Agar had kelajuan kereta yang lalu lalang sini dapat di perlahankan. Kalau tak sayang kereta sila redah dengan laju okeh...

Perantaraan bumper/bonggol jalan haruslah selaras dengan ruang taman kecil(belah tong sampah) sebelah pintu pagar. Jangan la plak dok selaras berdepan dengan pintu pagar rumah kami pulak. Saya rasa mereka lagi pakar tentang ini. So kite serahkan sahaja.

Kami memerlukan satu selepas simpang guard menuju jalan kami dan sebelum selekoh dihujung jalan. Penambahan cermin di selekoh atau di corner jalan ini juga diperlukan...

Sticker yang sedia ada. Hanya utk paparan sahajakah??? Masih kelihatan kenderaan yg tak bersticker menjadikan jalan disitu sebagai shortcut laluan mereka sahaja.

Isca

Posts : 1
Join date : 2010-07-12

View user profile

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum